PROGRAM PUAS

Pada 19 Mei 2012 yang lalu, Program Pusat Akses Dalam Komuniti(PUAS) telah diadakan di SK Nuri. Program ini anjuran Majlis Permuafakatan Guru-Guru Besar Luak Johol bersama Pusat Kegiatan Guru Kawasan Johol. Program PUAS ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj.Hassan b Malek. Sebanyak 12 kiosk telah beroperasi bagi memberikan maklumat kepada komuniti yang hadir tentang fungsi pusat akses. Tahniah diucapkan kepada SK Undang Johol kerana telah menjadi johan pertandingan kiosk terbaik semasa majlis itu.

0 comments:

Post a Comment